Siapakah pencipta komputer ?

Siapakah pencipta komputer ?

Siapakah pencipta komputer ?

Pencipta komputer ramai. Mereka telah mencipta berbagai-bagai jenis dan rupa bentuk komputer sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu pada asalnya komputer adalah alat penghitung yang dinamai abakus ( cepoa atau sempoa ).

Abkus mula muncul 2000-5000 tahun yang lalu. Selepas abakus, banyak lagi alat penghitung telah dicipta di merata dunia. Antaranya termasuklah Napier’s Bonos (1610), Pascaline (1642), Leibnitz Calculating Machine (1671) dan Jacquard’s Loom ( 1790).

Permulaan Komputer

Pada abad ke 19, Charles Babbage telah muncul dengan sebuah model Difference Engine (1922). Kerajaan British kagum dengan ciptaan Babbage dan bersetuju membiayai pembinaan model tersebut Malangnya, Babbage tidak dapat menyiapkan pembinannya kerana terlalu banyak masalah.

Kerajaan British telah menarik balik pembiayaan mereka. Seterusnya Babbage membina sebuah model yang jauh lebih baik iaitu Analytical Engine. Ia mempunyai lima ciri komputer moden.

1. Alat imput

2. Storan untuk menyimpan nombor sebelum diproses

3. Pemproses atau penghitung

4. Unit kawalan untuk melaksanakan tugas dan susunan penghitungan

5. Alat output

Pada masa itu, Augusta Ada Byron, atau The Countess of Lovelace telah membantu menulis arahan untuk digunakan bersama-sama Anaytical Engine. Sumbangannya untuk memperlihatkan bahawa idea teoretikal Babbage dapat dipraktikkan amatlah besar.

Untuk membantu usaha pembancian di Amerika Syarikat pada tahun 1890, sebuah pertandingan telah diadakan untuk mendapatkan alat pembancian yang cekap. Herman Hollerith yang bertugas di Pejabat Pembancian Washington telah mencipta Tabulating Machine.

Pada tahun 1896, Hollerith telah menubuahkan syarikatnya sendiri – Tabulating Machine Company. Syarikat ini kemudiannya bergabung dengan dua buah syarikat lain pada tahun 1924 dengan nama baru, tidak lain tidak bukan, International Business Machines (IBM).

Komputer digit yang pertama telah dibina oleh Howard Aiken dan rakan-rakannya di Harvard University dengan biayaan IBM. Dengan mengkaji nota Lady Lovelace, Aiken membina sebuah komputer berdasarkan prinsip Analyticl Engine. Ciptaan yang dihasilkan – Mark I siap pada tahun 1944 dan merupakan sebuah alat elektromekanikal yang berukuran 55 kaki panjang dan 8 kaki tinggi.

Ia mengandungi 760 000 komponen (suis, tiub dan lain-lain) dan dawai yang panjangnya kira-kira 800 kilometer. Bunyinya amatlah bising. Selepas Mark I, lahir pula komputer elektronik bernama ENIAC (Electronic Numerical Integrator and Calculator) pada tahun 1946.

ENIAC telah digunakan Semasa Perang Dunia Pertama oleh angkatan tentera Amerika. Ia lebih hebat daripada Mark I. ENIAC boleh mencampurkan lima ribu nombor sesaat. ENIAC memerlukan ruang 1500 kaki persegi – sebesar rumah teres. Terdapat 18 ribu tiub vakum.

Dengan tiub vakum, komputer dapat menyimpan dan memproses data secara elektronik. Walau bangaimanapun, penggunaan tiub vakum mendatangkan masalah. Selain memerlukan ruang yang luas, ia terlalu banyak mengeluarkan haba.

ENIAC telah mencipta sejarah baru – ia merupakan pendahulu kepada komputer UNIVAC I (Universal Automatic Coputer). UNIVAC I menandakan permulaan komputer ganerasi pertama. Ia mula dijual pada 14 Jun 1951 kepada Biro Pembancian Amerika Syarikat.

Perkembang PC

1974 : Altair 8800, komputer mikro pertama dicipta oleh Ed Roberts.

1977 : Apple II yang dibangunkan dangan grafik warna oleh Steve Wozniak dan Steve Jobs memasuki pasaran.

1981 : IBM, syarikat komputer terbesar di dunia meperkenalkan PC IBM

1982 : Majalah TIME menamakan komputer sebagai Machine of the year.

1983 : Compq Computer mengeksport komputer mudah alih pertama seberat 28 paun.

1984 : Apple mempermudahkan penggunaan Macintosh dengan menu tarik turun dan icon.

1985 : Microsoft memperkenalkan windows.

1986 : Klon IBM ( PC jenama lain ) memintas PC IBM di pasaran.

1989 : Amerika Online memperkenalkan perkhidmatan perkhidmatan internet bagi Macintosh dan komputer Apple II.

1990 : Tim Bernes Lee membangunkan reka bentuk baru Internet keudian dikenali sebagai World Wide Web.

1993 : Inter memperkenalkan pemproses Pentium dengan kelajuan 60 Mhz.

1996 : Palm Pilot memasuki pasaran.

1999 : Bilangan pegguna internet melepasi 201 juta.

2001 : PC IBM menjangkau usia 20 tahun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: